Monday, October 20, 2008
CIMB-Principal pilih lapan Dana Utama
CIMB-Principal pilih lapan Dana Utama
Oleh Nor Liza Ahmad
Pelabur boleh buat pelaburan secara defensif dalam keadaan pasaran tidak menentu
CIMB-Principal Asset Management Bhd memilih lapan daripada 70 dana yang diuruskannya sebagai Dana Utama yang membolehkan pelabur membuat pelaburan secara defensif dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
Dana itu termasuk dana konvensional iaitu CIMB-Principal Equity Fund, CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund, CIMB-Principal Balanced Fund dan CIMB-Principal Bond Fund.
Empat dana lagi adalah berlandaskan syariah iaitu CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund, CIMB Islamic Dali Equity Fund, CIMB Islamic Balanced Growth Fund dan CIMB Islamic Balanced Fund.
Ketua Eksekutif CIMB-Principal Asset Management, Datuk Noripah Kamso, berkata lapan dana berkenaan mempunyai pulangan yang konsisten dalam jangka panjang.
Katanya, dana berkenaan juga dilaburkan dalam pelbagai sektor dan kelas aset yang meluas.
"Ia (dana) bukan saja mudah difahami tetapi juga mudah untuk dilabur," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Pelaburan CIMB-Principal Asset Management, Raymond Tang.
Beliau berkata, pelaburan yang dibuat perlu mengambil kira prospek jangka panjang dan pelabur disarankan supaya membuat pelaburan secara konsisten bagi memperoleh pulangan yang baik.
Katanya, selain mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka, pelabur juga dinasihatkan mempunyai paten pelaburan yang berdisiplin.
"Selain bersedia berdepan sebarang situasi terutama ketika pasaran mengalami kejatuhan, pelabur perlu bijak memanfaatkan peluang ketika pasaran lembap dengan melakukan pembelian pada harga murah," katanya.
Noripah berkata, CIMB-Principal Asset Management menggariskan lima strategi yang boleh dimanfaatkan pelabur dan membantu mereka berdepan keputusan sukar, terutama dalam keadaan pasaran yang lemah.
Katanya, dalam keadaan pasaran global semasa yang turun naik, ada pelabur mengambil keputusan untuk melepaskan pegangan mereka dan kaji selidik menunjukkan dalam keadaan terdesak, pelabur juga sanggup menjual pada harga rendah.
"Bagi menikmati pulangan yang baik, pelabur dinasihatkan terus kekal berada dalam pasaran dan membuat pelaburan secara konsisten," katanya. Antara lain, pelabur juga disaran mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam sektor berlandaskan Syariah yang mana mampu memberi pulangan memberangsangkan.
Tuesday, July 1, 2008
Apakah pilihan persaraan anda ?
20 tahun lalu = RM10
Sekarang = RM25
20 tahun akan datang = RM54
Pilihan 1
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1000 sebulan dan purata pulangan 4.5% setahun, anda akan memperolehi RM 338,124 dalam jangka masa 20 tahun.
Pilihan 2
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1000 sebulan dan anda membuat pengeluaran RM5000 setiap suku tahun untuk melabur di unit amanah Islamik dengan purata pulangan 8% setahun, pada penghujung tahun ke 20 anda akan mempunyai sebanyak RM 1,357,000.
Yang mana satu pilihan anda ?
Jika anda memilih pilihan ke-2, TAHNIAH dan hubungi saya dengan segera !
*Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP untuk pelaburan sehingga maksimum 20% daripada baki simpanan asas dalam Akaun 1.


